Dec 31, 2008
Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 001
aku rasa aku selalu mimpi benda2 pelik, unik, lain dari yang lain dan adventurous~
malam tadi aku mimpi perempuan tu
sekali lagi.
kali ni scene mimpi tu dekat sekolah Suzuran dari cerita Crows Zero. oh ya, Crows Zero II dah nak keluar dah, tak sabar.
dalam mimpi tu segala persoalan terjawab. I'm a fool! tapi segalanya terlambat.
Punca mimpi :
sebelum tidur aku tengok video ini, berulang2 :
baca lirik, tu yang penting.
Yoo Bin aku punya. siapa kacau aku belasah. warning awal2 nie~
calu.
ya, satu satu perkara aku suka Korea sebab dia ada Wonder Girls. Tell me, tell me,te te te tell me~~
Dec 30, 2008
Pembetulan
bengang bila banyak sangat num yang tak dikenali kacau. kalau perkenalkan diri tak apa, ni nak order Astro Kirana, apakah?
dan aku rasa aku tahu sebab dia. BAEM !!
aku dah link page kau padan muka. bia orang stalk kau lak.
kau promote aku takpe, aku tak kisah siap kembang lagi. tapi nombo tu tolong padam weyy
pembalut kepala dah buka. tapi sekarang bukan malu sebab doktor balut cam haprak, tapi malu doktor potong rambut kasik tobek besar2.
kena cari topi/snowcap la pasni hui~
calu
Dec 29, 2008
Jangan Terkejut Kalau Aku Jadi Superhero
baru saja berjalan2 di dunia blog. makin lama makin ramai. makin lama makin berani nak bersuara. takut ramai orang singgah blog ni stalk habis2 aku. lagi takut kalau orang2 tu diantara golongan gay lembut.
happy new muharram semua~ sat lagi nak tahun baru pulak. kita sambut muharram time tu je la yeh?
ok.perihal dengan tajuk di atas. sebenarnya aku pun tak tahu pehal tajuk aku macam ni? kepala aku makin tak betul. ini buat aku risau.
kepada sesiapa yang lampi, sebenarnya aku mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian belakang kepala(kalau depan boleh lagi, ini bahagian paling bahaya, belakang) sebab2 aku tak nak cerita, cari sendiri dan nak percaya atau tak, terpulang lah.
jadi semenjak aku pecah kepala ini (aku suke guna perkataan pecah kepala!) aku rasa akan perubahan diri yang agak...mendadak? aku semakin pendiam, aku lebih suka memerhati persekitaran aku(ini dari dulu memang mcm ni, kan?) aku tidak boleh gelak (sebab takut darah terpancut keluar) dan aku semakin pelik. ya, bapak aku sendiri mensahihkan perihal tersebut.
"nape dolah ni pelik semacam?asal jalan berkawad?" - bapak dolah
sedar atau tak, memang aku jalan berkawad time tuh. dan aku tak perasan pun! bahaya kan?
mungkin aku terasa lebih open. pemikiran aku macam lebih meluas,tajam. rasa lebih berangin je kepala ni (sebab ada lubang, maybe) jadi aku rasa makin bebas! ya, keluar jugak perkataan bebas dalam post nih, ingatkan dekat tajuk je. haha
dan mungkin aku semakin high walau tanpa sebarang benda haram di dalam badan. ini pula telah disahihkan oleh mad.
"ko ni peliklah, macam penagih, benda tak lawak ko gelak, benda lawak ko marah kalau aku gelak" - mad
dan aku punya accuracy juga semakin mantap. perkara ini boleh dibuktikan ketika bermain snooker.
"cun sial ko main hari ni" - aiman
jadi tuntasnya selepas aku pecah kepala. ada pelbagai perubahan di dalam diri aku. perkara ini boleh dikaitkan dengan spiderman - kena gigit labah2, dapat power. daredevil - kemalangan, dapat power. cicakman - telan cicak, dapat power.
jadi aku, pecah kepala - dapat power
oh, sakit kepala gila2 sekarang memikirkan design superhero aku.
hurm, aku rasa aku calu sekarang.
calu!
aku dapat bayangkan bila orang dalam kesusahan nanti : "abang key!tolong!!"
Nak Tolong Awek Punya Pasal..
hey.. sakit kepala aku.
ya, aku suka senyum. sakit hati, lebam lutut, pecah kepala aku tetap akan senyum. aku kan cool?
aku terlupa apa yang terjadi. terlalu sakit agaknya sampai tak boleh fikir. cerita lebih lanjut di sini:
http://myfrlife.blogspot.com/2008/12/keyrana-hero-of-day.html
http://axidrain.blogspot.com/2008/12/azam-reluctant-hero.html
http://infinitehate-traceur.blogspot.com/2008/12/stoned-trickster-and-bleeding-head.html
calu
aku lupa wajah awek tu cmne, dah tak betul dah pale aku agaknya
Dec 25, 2008
Letih Tapi Seronok
agak lama aku tak taip secara live di dalam blogspot. (selalunya aku taip dekat notepad dulu then copypaste terus - jimat mase~ perkara ini telah pun kantoi dengan baem dan mad, shit y'all~)
hari ni aku agak letih tapi masih mampu meneruskan kehidupan yang serba serbi lampi. ya lah, tidur hari ini pun cuma dalam 3-4 jam, mungkin. (nak balas dendam sebab tak dapat online kaw2 dekat kolej.) ya, aku sekarang kat rumah~ cuti wey!parti!
hari ini aku pergi walimah abang kepada classmate aku, mudzakkir. memang bukan gaya aku pergi berparti nih. cuma mungkin hari ini aku tak tahu buat apa. dan aku bukannya american nak main salji dekat luar rumah (tak rasa sejuk langsung malaysia nih!) jadi apa salahnya?
aku, baem, mad, adik aku(lowt), ijan, salam, eimyan, adlie, pdos dan ramai lagi gegar tempat tuh. macam reunion pula. seronok. oh ya mawardi pun ada. dia lone ranger sekarang. cool~ tak macam adik dia (jangan marah min, ya!) banyak muka sekolah aku dekat situ. cecikgu pun ada. jadi kami agak sorokkan kepala bawah meja (agak je kan..) ya lah, mana taknya, kami (aku, adlie, baem, pdos) dulu sangat 'hot' di al-amin. kami mafia.
tiba2 aku teringat kes cikgu aku lempang anas. nak beli tebu jer kot!!!
ok. jadi aku mula lah terngiang2, terbayang2, terberangan, bagaimana agaknya aku bersanding nanti? siapa gadis yang bertuah tu? adakah...pfft!
aku pun dah tak ingat apa aku buat dekat situ sampai 4 jam. mungkin perut terlalu kenyang.
abudi macam hantu. susah betul nak contact. y.m busy, sms tak berbalas. aku nak gym wei!
oh ya. malam ni fakrul lepak rumah aku. dia nak tengok sepupu aku yang cun2 kantoi tu. aku pun dah janji nak kasik tunjuk koleksi2 blu aku. wokey fakrul, langkah kanan~ sebelum tu jom McD ngan baem!
calu
Dec 23, 2008
Kalau Dah Jodoh Tu Jodoh La Jugak
walaupun cerita hanya berakarkan kepala sendiri
terima kasih
nampaknya hidup aku akan berubah
melompat atas katil pada 4 pagi membuktikan
tak nak berharap
aku serahkan pada takdir
a.a.s.s.s
cerita sampingan
aku tak jadi pergi utara lah. ada masalah yang tak best untuk diceritakan(malas)
3Run Malaysia now in High-Definition! hoho~ check abudi and amir for the video. tak pun pergi youtube search '3run malaysia'
terima kasih kepada penjawab2 soalan aku. walaupun kebanyakan respon semua dalam bentuk sms dan bukan 'reaksi' dalam blog ini. aku malas nak taip jawapan2 tersebut. soalan itu cuma 'soalan', bukan mesej bahawa aku ni dalam masalah. agak kelakar bila banyak sms orang tanya soalan yang sama - "ko ok tak?"
chelsea tak habis2 ajuk liverpool. kalau seri nak seri jugak!
calu
Dec 22, 2008
Ini Kira Dakwah Tak?
keyrana : hellow lover~
p : hye sayang
keyrana : duduk mane?
p : ampang. hikhik
keyrana : jadi..how much?
p : oh..hm ikut jew nak bayar bapew. tapi weekend kena bid erge snirik la sebab ramai nak..hikhik
keyrana : aku nak tanya boleh tak?
p : blh sayang, i'm yours..
keyrana : kenal Allah tak?
dia diam
keyrana : jawab r
dia sign off
keyrana : ALLAHUAKBAR! ( offline msg aku, kasik kaw2 sikit)
such a whore, i'm yours konon..
Dec 19, 2008
Keyrana Nak Di Inspirasi
sorry guys. aku akan berhijrah ke utara untuk berguru dengan Master Inspirasi. jadi mungkin tidak akan membuat apa2 nukilan mahupun syok sendiri buat sementara waktu. sibuk2.
jadi berjumpa kita minggu depan itu pun kalau ada rezeki. i'm wishing all the best to the dudes yang akan membuat demo parkour ahad ni. sori tak join. aku tak emo kay.
jadi sebelum aku calu, aku hentikan post ini dengan soalan:
apakah seseorang itu perlu berubah jika ingin lari perkara yang lalu?
soalan umum dan jawapan boleh dipelbagaikan. aku harap korang jawab di reaksi yeh.
calu.
Salah Satu Masalah Kolej Aku
aku pejam mata.aku fikirkan sungai, air terjun.. bantal.. tilam..perkara yang empuk
muka aku serius.
banyak perkara terngiang2. tapi aku tak boleh fokus satu pun.
"air xd woi!"
oh shit
aku bukak paip mendapatkan kepastian
air mengalir dengan nazak, habis.
"oh no not againnn...WTF!" - aku jerit
aku tengah berak.
bayangkan kalau korang dalam keadaan ni?
p/s - 10min paling lama dlm hidup aku setakat ni(sejak masuk kolej)
Dec 18, 2008
Ngaha
aku kadang2 dengki. dengkikan dengan keluarga lain. kenapa ayah dia sporting sangat.kenapa mak dia cool gila?(dapat mak yg kasik anak berkapel memang best kan?) kenapa itu kenapa ini.
aku punya ayah yang...cool, aku kira. perangai aku macam dia, cool juga.haha.dia seorang yang pendiam, jenis yang menyimpan, kadang2 buat tak kisah perihal anak2 yg buat hal.(sebab faham, kami semua masih remaja) konon bekerja walhal mencari ketenangan. aku sangat kenal dia. melihat gamba2 muda dia, sungguh ranggi. dengan seluar ketat gebang dibawah rambut ala Owen Wilson dulu2. nampak sungguh mentaliti aku sama dengan dengan dia yang dulu. cuma berbeda zaman. ayah aku juga sangat menjaga disiplin aku. duit bukan main kedekut. ini untuk mengelakkan aku sesat di KL, barangkali. dengan kekurangan duit berjoli memberi aku kesedaran untuk berpijak di dunia nyata bahawa aku tidak boleh boros. thnx, abah.
post ini bukan lah nak cerita khas siapa bapak aku. tapi nak bergebang betapa sengalnya kalau kita tak sedar perihal kepentingan keluarga
aku dah lupa nak cerita apa tadi..
*fikir*fikir*ha!
dalam dia punya blog. dia cerita pengalaman berjumpa dengan anak seorang miskin.(aku tidak berapa ingat ceritanya sebab dah lama baca) pada hari raya ketika itu. budak miskin tu telah mendapat duit raya yang jumlah nya agak banyak bagi seorang budak. 10 ringgit, mungkin. dia tanya kat budak tuh : nak beli apa dengan duit tu? budak tu jawab: nak beli kereta. ditanya balik,: kereta mainan kah? budak tu menjawab,: tak.. kereta betul, untuk ayah.
lebih kurang macam tu la kalam mereka
aku agak terkejut jugak,..budak kecik tu... umur mungkin dalam 7,8 tahun. selalu nya mentaliti mereka time ni confirm nak beli mainan kan? choki2 5,6 packet.kemudian ejek2 kawan2 lain tak boleh choki2 sebab ada hingus. itu contoh. dan aku rasa ada kaitan dengan keadaan diri budak tu. miskin, dia seorang anak yang miskin. keluarga nya miskin sampai boleh masuk rancangan bersamamu mungkin.
jadi ada dua persoalan disini. keperluan dan kebendaan.
budak miskin tersebut telah mendapat keperluan yang sepatutnya daripada ibu bapa mereka. mungkin makanan yang cukup untuk terus hidup, pakaian nak cover aurat, dan tempat tinggal. dan yang paling penting kasih sayang. kasih sayang dan perhatian ibu bapa terhadap budak tu dah cukup untuk mematangkan dia untuk membalas segala jasa2 ibu bapanya. membuahkan penghormatan.
kebendaan pula tentulah lawan kepada budak miskin tu, budak kaya. budak yang mendapat lebih dari apa yang diperlukan. dah tidak mendapat cukup kasih sayang yang seharusnya. budak yang disuap dengan duit, mainan, KFC, McD, kereta, dan segala benda yang lebih dari mencukupi.dari titik ini budak tu akan mula bermain dengan nafsu.ini tak cukup,itu tak cukup. sedar atau tidak dia cuma perlukan kasih sayang. bila merajuk, disuap dengan duit, bukan kefahaman. ini akan menjadikan budak tu nakal, memberontak..rosak.
budak kaya boleh berubah.budak kaya cuma kena ada kesedaran
aku kadang2 menjadi budak kaya juga. asik mintak duit, nak motor, nak kereta(walaupun aku tahu confirm tak dapat,muktamad) aku rasa aku dah ada segalanya. laptop lama dari abah aku jaga gila2. katil yang abah aku bagi aku kemas kaw2. kasut 2nd ayah aku walau aku pakai kena ejek, tiada gentar~.
mak aku selalu kacau aku tidur. tension, memang tension gila. tapi kalau dipandang dari sudut lain, kacau itu kerana dia amik berat pasal aku. dia nak aku sembahyang subuh. tapi aku selalu wat muka ketat time subuh, bengang kena kacau. itu masalah aku. itu kena betulkan.
aku punya abang dan adik yang agak tak betul. yang abang tu aku tanak kacau,dia memang tak betul. dan adik aku, dia selalu memberontak. lawan cakap mak bapak aku. keluar tengah2 malam balik subuh. tak sedar diri dia masih bersekolah, 16 tahun jambu dan innocent orang kata kalau umur ni. silap aku juga, selalu bagi muka. sebab kadang2 tengah2 malam tu aku lepak sekali dengan dia. sembang serius, gelak politik. tapi sekarang dia punya masalah semakin sengal(parah), pernah satu malam aku tak tahan dengan perangai liar dia. aku belasah dia kaw2. dan ia membuahkan hasil. (haha!) sekarang dia jarang keluar..dan selalu tidur.(dah tinggi gila2 dia skrg)
kadang2 mengubah seseorang itu harus dengan pukulan. itu memang betul.
dalam keluarga harus ada memahami dan difahami. duduk satu rumah, tengok satu t.v,(yang kaya tu tak tahula berapa tv kan?) kongsi sabun mandi, tapi kenapa masing2 saling.....pijak kepala antara satu sama lain?(aku tak tahu nak letak perkataan apa benanye)
mak - melahirkan,menyusukan,mendidik, mengharap..anak dapat memberi yang terbaik
ayah - bekerja, memberi duit, bagi segala yang termampu, mengharap anak mendapat yang terbaik
anak(kita) - harus sedar kewujudan mereka, kenal siapa mereka. sedar apa yang perlu dilakukan.
kadang2 memang ada masalah, bergaduh, mencaci, menyumpah kalau teruk lagi, menyepak. itu memang tak boleh dielak, ego dalam diri, tak puas hati, tak difahami, paling kurang kita kena sedar dia makpak, kita anak. apa boleh buat? lari rumah? blog?
benci mak?benci bapak? bayangkan lepas baca ni makpak ko terus mati?amacam?
post ini untuk aku dan sesiapa(anak) yang mempunyai masalah keluarga (seriusnya aku tak tahu kenapa aku tulis nih)
kalau kakak aku bace ni dia mesti cam.."dolah ni macamla bagus sangat.."
calu
Dec 14, 2008
Tag LOL
ok perihal ditag oleh eimyam, abe jaq dan isya. benonye aku malas. oleh sebab aku nak jadi rajin. ok here goes~
first tag oleh abe jaq n eimyan
1. amir
2. amar
3. abudi
4. siddiq
5. acap
6. icad
7. kuyem
8. aa
9. isya
10. baem
Is no.3 a female or a male?
1.i'm afraid of somebody kicking off my balls. yeah. men's worst dream
2.dulu aku tak gentar dengan bender nih. siap boleh gigit2 lagi. sekarang aku melatah kalau nampak. - belalang
3. tak suka bucu2 bilik air kampung. geli.
-->
3 stupid things you do when you're alone and free:
1.ini bukan aku tapi adik aku cakap dia pernah lari bogel satu rumah. seronok dia kata ( i might try it.hehe)
2.youtubing - satu hari tu boleh jadi aku layan youtube. macam2 video 'ter'tengok
3.memasak - i dont consider it as stupid. just dont know any better answer
3 stupid things you ever said to anybody:
1. "urut aku weh, kuat sket au..ha sedapnye.." - padahal orang tu tak urut lagi
2. "jadi apa yg kita dapat dari citer ni?" - setiap kali habis tengok movie dekat panggung
3. "kalau boleh, aku nak jumpa emmat watson. suruh dia masuk islam pastu ajak kahwin." - angan2 aku baik tapi tak mungkin
3 stupid things anyone ever said to u:
1. "aku nak pergi europe.nak tgk orang bogel" - nak tau ke sape cakap?
2. "aku kat johor kene titik bai" - amin terkejut sebab die ingat dia paling power snooker kat bangi nih
3. "spender jenama 'arrow' ni aku punye lah!abah bagi!" - adik aku yakinkan diri bahawa dia tak pakai spender aku. padahal....memang aku punye!
3 stupid things in the world you really care about:
1. selalu bawa artwork lukisan aku time kelas. not stupid, dah habit
2. model gundam aku yg roket dah hilang. masih menjadi hiasan. sayang nak buang. beli kat jepun tuh
3. katil aku. bersepah tahap mana pun aku selalu kemas. walau sesaat
are you a sad person?
more to pathetic
3 persons to tag:
naya
nuha
kausar
p/s yang lain nak buat pun buat jerk!
done n calu!
Dec 13, 2008
Re: ONE
cuma satu jer, kita tahu topik ini memang best disembangkan didepan rumah usop, balang mahupun restoran impian maju sambil menghirup kopi o ais favourite kau. dan aku dah cakap, ini cuma topik okie~ topik untuk dibuat gelak gila2. buat sakat menyakat, buat rasa x bosan bila melepak . tapi, i find you really serious about this. kenapa? hahahahahahaa. sampai macam2 prosedur kau buat untuk meyakinkan diri kau tidak (dot)(dot)(dot) dengan dia. kuikui
dan toksah la kau tuduh2 aku dengan dia pulak. she's not my type ok~ nampak? aku cakap dia bukan jenis yg cocok dengan aku. tapi kau cakap kau tak layak untuk dia.ini bermaksud you really (dot)(dot)(dot) her. cuma isu taraflayak tak layak yg menghalang.
memang hampir 18 tahun kenal dia. tapi itu cuma kenalan. doesn't make us friends. sebab aku cuma kenal dia dari segi nama, rupa dan asal usul, mungkin. dan kau? you find her very funny(uuu..) and whenever you're bored you'll find her. see! thats the flow i'm talking about! kau tak perasan jew! <---huruf 'w' sangat geli k. jadi jangan jadikan statistik 18 tahun atau 14-15 tahun sebagai alasan~
aku rasa kau mesti akan senyum-senyum-bengang bila baca ni. maybe akan gelak2 sikit macam aku baca post kau.tehee!
jadi tidak kisahlah first ke, second or third one ke..lantak baper orang calon pun, what i am trying to say is love is unexpected. boleh jadi orang yang kau benci jadi orang yg paling kau sayang. its all about possibilities ok. (pakar cintan sat)
p/s - aku x jeles dan xd mende nak citer~
Dec 12, 2008
Keyrana Di Carian Google
-lelaki masturbate
-pondan
-band indie
-piring hitam
-xmuslimah
-meme ceeha
-munzir al-amin bangi
-sembahyang jumaat
-melayu horny
apakah!
calew
Dec 10, 2008
Go Genting 08
salam semua~
ok. oleh sebab plan abudi is a fucked up merapu dan syok sendiri. jadi aku akan briefing for the Genting Plan!
Pakej ke Genting Highland ini meliputi:
- Perkhidmatan bas ekspres Genting pergi-balik dari Terminal Putra Gombak atau KL Sentral atau Pasarakyat atau 1 Utama.
- Tiket Genting Skyway pergi-balik.
- Pas masuk ke Genting All Park Theme Park Day Ride atau Buffet Lunch di Coffee Terrace.
Harga pakej bagi setiap orang:
- Hari biasa (Setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad) - RM42
- Cuti Umum - RM47
Pakej ini sah untuk 1 Januari hingga 31 Disember 2008.
enough of the info?
ok. hari sabtu ni aku free. kamu free? kita gerak hari sabtu.
who are the dudes? i think all of the bangi traceur dudes. nak list sat.. qayyim,icad,abudi,amar,amir,acap,mirul...am i missing someone???oh yea, siddiq...lagi sape ea? aiman...ha..urm...lagi sape2 yg mungkin aku terlupa.
what for?? i dont know..have fun i guess? flipping around, roller coasting around, cuci mata around..lihat apa yang ada dekat negara kita
orang2 yang berkaitan, roger2 lah dekat orang2 berkaita yang lain. tolong la jangan jadi macam abudi, kejap itu, kejap ini. haha! ini planning ajer okeh. tak jadi, tak jadi lah. apa boleh buat kan? bajet 47r untuk pakej..nak makan semua maybe ala....*kling!*kling!* 100r kott. genting baii, semua mahal.
satu lagi cicakman keluar esok kott. camne la abudi ajak pergi tengok cicakman minggu lepas. siall jer planning. syok sendiri! hahahahah
aku kene tag oleh abe jaq dan eimyan! malasnyeee..kalau aku betul2 bosan aku buat keh? sori maa
papehal roger in roger out kay?
calu!
Dec 8, 2008
ok!aku start taip, now
balik kampung awal2 rupanya bertujuan untuk senam robik ramai2 untuk santapan atuk and nek aku. yeay~hari kwarge. aku tidak menari. aku tonton dari jauh sambil mengutuk, "xde kerje orang2 tua nih, menari2 tengah2 panas ni pehal?"
macam2 aktiviti dilakukan. macam2 karenah. pakcik2 aku yg elok2 pendiam boleh jadi paling bising. mak aku yang selalunya baca quran boleh lumba teng2 dgn mak2 saudara aku yang lain. haha. gelak tawa dengan keluarga sat apa salahnya. nak bajet emo cool lemak lah!
dan ada juga aktiviti tunjuk bakat. bapak aku rasuah aku untuk menunjuk demo Le Parkour ( nama skema kaw2 sat) sebanyak 50r. aku pun xde bajet nak pergi genting. so this is the chance!
so i just did the safest flip ever~ backflip from platform. ngaha. from my Hilux 2.5 LOL. oleh sebab demo aku terlalu tampak senang dan cool, mereka tak puas hati. "itu je?" <-- ayat ni mencabar kesensasian aku. jadi aku panjat bumbung Hilux 2.5 bapak aku tuh, sekali lagi. kemek2 sat bumbung tuh. than did a sideflip lol! rasa macam ammar aku nih. land perfectly. wee~ so enuff of the riak-ness ok. dari Johor ke Melaka. sikit lagi nak sampai Bangi! ahaha. jadi now aku di Melaka. menunggu detik masa untuk pulang ke Bangi melihat darah bersepah di padang2 mahupun surau masjid dek aktiviti penyembelihan lembu beramai2. baca blog abooty, tampak meriah kehidupan di bangi. shit!
baca blog ammar, tampak xd life sungguh dia. malas bersosial hang ea?
baca blog baem, shit. slamber kau kan?
sekarang nak p onemanga, nak baca Bakuman.
calu bete~
Dec 5, 2008
Me Joking Around
Ben : Robert, your are the hottest thing on the planet right now next to Heath Ledger, but he's dead. Can you play yourself in my new movie?
Robert Downey Jr : I dont wanna play myself. No challenge, nah. I wanna play Michael Jackson, the reverse Michael Jackson. I will dye my skin black. Fuckin brilliant idea, isn't it?
Ben : OK, you're on.Jack, i want you to play yourself.
Jack Black : I always play myself, Ben. This is me! Demi Levato?hellooo. - didnt you recognise me in my latest movie as a panda? Nah, i want to do this guy who's a cross between me, Adam Sandler and Jim Carrey. They're always doing fart jokes. Im always doing fat jokes, see, because of the obvious, but all i really want to do is fart jokes.
Ben ; Ok. you're on. Keanu, i want you to play yourself.
Keanu Reeves : kejadah ko layan Demi Levato jack?? No way ben..
Ben : yes way. ok if you dont want to be in my movie, you dont mind if i parody you, right? im gonna play you myself as this aging action superstar who's over 40 and all alone and whose last few movie were flops and who's only ever wanted to get an oscar but but doesnt know anything about acting.
Keanu : you wont be saying that about me when you see my new movie called The Day The Earth Stood Still (citer ni gempak wo!) where i play this emotionless, stone faced alien who speaks in a monotone thats completely different from anything ive ever done in my life. haha! but anyway kiss your own ass
Ben : ok. done. now all i need is Tom Kurus. Tom, you need this man. your career is on the flop. i want you to play a fat,balding, high temper studio producer who can rap.
Tom : Ok, but only because it reminds me so much of myself. the rapping part, i mean.
Ben : way to go, ive got a movie. lets roll! lets booty sweat! uh, i like this part. booty sweat!(think for a while..) no way i can put angelina in this. movie's set in vietnam she would want to adopt all the kids in the village.
faham? XD
calu!
Dec 2, 2008
KFC Casting Video
took a whole day to edit it. dah lame tak guna movie maker. menangis aku.
i'm expecing some reaksi ok!
calu
p/s - bapak aku tak bagi lagi kamera . so planning video aku tergendala sat. minggu depan dah cuti midterm. bile nak buat nih? shit!
Dec 1, 2008
Bola Bola Bola
Chelsea pun keparat. Deco is not Deco yesterday. and whats the use of Anelka? i still don't get it. tinggi jer lebih. sekarang Liverpool confirm naik. shit. shit. shit. x boleh tipu, Arsenal memang main smart.
huih..bola, bola.
